1bestariNet merupakan projek yang diusahakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Di bawah projek ini, dijangkakan 10,000 bua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dilengkapi akses Internet 4g dan Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment (VLE) pada penghujung 2013.
Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteraskan Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. VLE Frog adalah platform berteraskan cloud yang fleksebel dan boleh diakses dimana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan capaian Internet.
antara fungsi-fungi yang disediakan dalam VLE Frog adalah :
(i) Akademik
a) sumber rujukan dan pengisian kandungan : Guru boleh memuat naik bahan pengajaran untuk kegunaan pelajar
b) kolaborasi dan perkongsian: Guru boleh saling berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran sesama guru-guru serta pelajar.
c) Tugasan dan semakan elektronik :Tugasan boleh diberikan secara atas talian kepada pelajar dan guru juga boleh menyemak tugasan yang diberikan serta memberi maklumbalas secara atas talian.
(ii) Komunikasi
a) Notis : Pihak sekolah dan guru boleh memuat naik notis pemberitahuan kepada pelajar dan guru secara atas talian.
b) Forum : pelajar dan guru boleh membuat perbincangan dengan menggunakan aplikasi forum.
c) Laman Web : VLE direkabentuk sebagai sebuah laman web untuk dilayari oleh pelajar dan guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Pentadbiran
a) tempahan sumber rujukan : VLE menyediakan kemudahan aplikasi tempahan bilik-bilik khas dan peralatan di sekolah untuk mngelakkan pertindaan tempahan.
b) Kalendar : VLE menyediakan kemudahan aplikasi kalendar untuk membolehkan pentadbir menyusun aktiviti tahunan sekolah.
No comments:
Post a Comment